Followers

Tuesday, December 11, 2007

try laa kalu korang rasa stresss.....:))

hahaha..ni ader satu lg article yg aku baca...kelakar tul laa...ader ker bau ketiak laki leh ilangkan stress...erkk! xpernah tau pun tp oleh sbb dia melibatkan kajian,so betul laa tu kan so kalu korang nk try,silaaa laaa!!:))

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang...kalau tak caya... So kengkawan kalau tengah stress tu ... ..bolehlah cium ketiak suami. Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang....

No comments: