Followers

Friday, January 11, 2008

Hijrah Ke Arah Kebaikan...:)

Assalamualaikum kepada semua.

Selamat menyambut tahun baru 1 Muharram 1429 pada hari Khamis 10 Januari 2008 dengan azam dan semangat yang baru, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Kita dilarang menyambut tahun baru 2008 pada 1 Januari 2008 iaiatu menyambut seperti amalan orang-orang Yahudi.

Sehubungan dengan itu, kita digalakkan berdoa banyak kepada Allah waktu asar dan masuk waktu maghrib.

Apabila masuk tahun baru 1 Muharram 1429, kita perlu melihat kembali amalan-amalan sama ada fardu dan sunat, adakah amalan kita diterima Allah atau sebaliknya.

Oleh itu perlulah ambil perhatian seperti berikut;



1) HUBUNGAN DENGAN ALLAH

a) Digalakkan solat berjemaah awal waktu. Rugi bagi orang melaksanakan solat bersendirian dan lewat waktu yang telah ditetapkan.

b) Berusaha sebaik mungkin bagi melaksanakan puasa bulan Ramadhan.

c) Membayar zakat fitrah, zakat pendapatan dan zakat harta benda bagi mereka yang berkemampuan.

d) Mengerjakan haji bagi mereka yang berkelayakan.

e) Berusaha untuk menambahkan amalan sunat seperti solat, bacaan Al-Quran, berzikir, dan seumpamanya.

f) Berusaha untuk menambahkan ilmu dunia dan akhirat.




2) HUBUNGAN DENGAN MANUSIA.

a) Hindarkan sifat-sifat negatif seperti sangka buruk, dengki, marah, curi, pecah amanah dan lain-lain

b) Digalakkan amalan ziarah sesama keluarga, sahabat, kawan, jiran dan masyarakat sekeliling.

c) Sentiasa memberi salam dan jawab salam dengan muka yang manis serta penuh mesra.

d) Perasaan rasa tanggungjawab terhadap orang-orang Islam yang menerima musibah seperti kecelakaan, dibunuh, hilang harta benda dan lain-lain.

Tanpa ada perasaan kasih sayang terhadap mereka menerima musibah maka seseorang itu belum lagi kesempurnaan iman. Oleh itu tindakan selanjutnya ialah memberi bentuk sumbangan wang ringgit, harta benda, tenaga, buah fikiran dan masa.

e) Melaksanakan sebaik mungkin tugas-tugas yang telah diamanahkan.

f) Menyeru kepada kebaikan dan menghindar perkara-perkara mungkar.



3) HUBUNGAN DENGAN MAKHLUK, NEGARA, DAN ALAM SEKITAR.

a) Jangan bunuh binatang kecuali binatang yang mengganggu kehidupan manusia. Bunuh binatang melalui kebakaran menyebabkan hilang amalan satu tahun.

b) Tidak sempurna iman seseorang apabila menganggap tiada perbezaan orang-orang Islam dan bukan Islam

c) Tidak sempurna iman seseorang apabila undang-undang barat sama aje undang-undang Islam.

d) Tidak sempurna iman seseorang apabila melakukan perkara-perkara mencemarkan alam sekitar seperti membuang sampah merata tempat, buangan bahan-bahan kotoran ke sungai dan lain-lain.

e) Orang-orang Islam wajib melaksanakan peratuaran Islam sebaik mungkin.


UNTUK MENJADI SESEORANG ISLAM YANG SEMPURNA IMAN HENDAKLAH DILAKSANAKAN TIGA PERKARA DI ATAS.



No comments: