Followers

Friday, April 25, 2008

The BEST KOREAN movie i've EVER watch!!!

Masa aku study kat dublin, aku gila pada cerita korea sbb dpt housemate yg giler ngan korean drama. Kat sana la aku belajar tgk cite2 korea. Naknya ada my friend yg download cite2 korea so pinjam ajer laa...ada gak aku tgk through internet. Dulu aku layan kat chrunchyroll tp bila dh start bayar ni, kawan aku ajar tgk kat soju plak...free sahaja..kalu korunk rajin nak tggu, leh tgk kat youtube..he he he
Kat sini aku senaraikan korean drama yg aku rasa sangat2 best. Mmg layan la tgk cite2 ni..OST2 pun bestt gak...tgk berulang kali pun xjemu...antaranya :



•MY GIRL
Drama ni mmg best la..cite pasai Ju Yoo-rin ialah tourist guide yg leh ckp 3 bahasa. Dia ni suka sgt menipu. Manakala Seol Gong Chan plak anak orang kaya. Disebabkan datuk dia sakit, dia terpksa mnta tlg yoo rin untuk menipu sebagai cousin dia so that his grandfather’s last wish can be fullfilled. So dewang terpksa menipu dlm keluarga itu tnpa sesapa pun tahu. Kim Sae-hyun adalah bekas awek gong chan cuba tackle gong chan selepas dia meninggalkan gong chan untuk bermain tennis ke peringkat antarabangsa. Kim and Yoo-rin actually berebutkan gong chan walaupun pd ms yg sm Seo Jeong-woo suka pada Yoo-rin. Tp seo terpksa mengalah pada kawan baik dia gong chan. Cite ni ada part kelakar, sedih, happy n bengang pun ada..dr 5 bintang aku bg 4 ½ bintang..bestttt..OST dia pun best especially lagu never say goodbye nyanyian Mario & nesty.

Lakonan

Lee Dong Wook as Seol Gong-chan
Lee Da Hae as Joo Yoo-rin
Lee Joon Ki as Seo Jung-woo
Park Si Yeon as Kim Seo-hyun




•WHICH STAR U COME FROM

Kat sesetengan web dia tulis which planet u come from. Drama ni pun best. Hero hensemm sgt2..huhuhu..Sueng Hu seorg pengarah filem yang bercinta dengan Hye Soo. Walaupun percintaan dewang ditentang hebat keluarga Hye Soo tp Hye Soo masih nak gak kawen ngan Sueng hui tetapi malang xberbau, dewang accident ms Sueng Hu melamar Hye Soo dan menyebabkan kematian Hye Soo.Even after three years, Seung Hui ttp xdpt lupakan Hye Soo dan membawa diri ke satu tempat terpencil di korea untuk melupakan semua tu dan memulakan hidup baru. Kat sana dia terjumpa seorang awek sebijik muka Hye Soo iaitu Bok Sil. Rupa2 nyer Hye Soo ada adik kembar yang ilang disebabkan kebakaran umah bernama Hye Rim. Seung Hui cuba ikut keman je Bok Sil pegi. Lepas beberapa bulan, dewang terjumpa balik pas Bok Sil mencari keje kat syarikat Seung Hui. Seung Hui cuba pikat Bok Sil dengan alasan muka serupa ngan Hye Soo. Cite ni menarik sbb ada unsur2 kelakar especially part Seung Hui ni cuba ngorat Bok Sil. Aku bg 4 bintang cite ni sbb ada part lembab masa dia asyik terkenangkan awek dia yg dh mati tu..jom la LAYANNNNN

Lakonan

Kim Rae Won as Choi Seung-hee
Jung Ryu Won as im Bok-shil/Hye-rim/Lee Hye-soo





•FULL HOUSE

Drama pasai cinta, clash, pentingkan diri sendiri n kawan makan kawan. Tp byk part kelakar. Aku suka bangat cite ni sbb rain la..cute sgt terutama bila dia mcm budak2 kecik mntk dimanjakan. Ji Eun seorang penulis yg bendul, ceria kehilangan semua harta peninggalan parents dia. Dia ditipu oleh kawan baik dia sendiri yang menyuruh dia bercuti ke luar korea. Terperangkap di luar negara, dia meminta tlg Lee Young Jae untuk balik ke korea. Pd ms sama, Ji Eun xtahu Lee Young Jae adalah pelakon terkenal. Dalam untuk dpt balik harta dia, dia terperangkap ngan perkahwinan kontrak ngan Lee Young Jae yg membeli umah dia. Lee Young Jae menetapkan syarat utk kawen ngan dia untuk mendapatkan umah tu balik tanpa ada perasaan cinta. Sebenarnya Lee Young Jae terpksa kawen ngan Ji Eun sbb lamaran dia pada Hye Won ditolak. Hye Won jatuh cinta ngan Min Hyuk tp Min Hyuk hanya menanggap dia adik sahaja. Hye Won nak kembali pada Lee Young Jae malangnya kerana ego, Lee Young Jar menolak dan berkawen ngan Ji Eun. Byk dugaan menimpa perkahwinan dewang. Ada part kelakar, sedih, geram. OST dia pun best macam I Think I Love, Saranghe, 3 bear. Aku bg 5 bintang dr 5..besttttt

Lakonan

Bi (Rain) as Lee Young Jae
Song Hye Gyo as Han Ji Eun
Han Eun Jung as Kang Hye Won
Kim Sung Soo as Yu Min Hyuk




•DELIGHTFUL GIRL CHOON HYANG

Choon Hyang gadis peramah n suka menyanyi. Drama bermula bila Mong Ryong berpindah dr Seoul ke Namwon, satu kawasan pendalaman. Bapa Mong Ryong seorang pegawai polis yg sgt2 garang.Chun-hyang cuba tolong Mong Ryong membiasakan diri kat kawasan itu. Lama kelamaan dewang jatuh cinta walaupun asyik bergaduh ajer. Tetapi selepas Mong Ryong terjmpa balik bekas awek dia, Chae Rin, cinta dewang bergoyang walaupun Choon Hyang tetap setia pada Mong Ryong. Satu ari, Choon Hyang berkenalan ngan CEO syarikat perfileman terkenal, Hak-Do. This time bapa Mong Ryong memaksa Mong Ryong kawen ngan Choon Hyang utk merubah Mong Ryong jd baik lgpun salah faham menyebabkan dewang terpksa kawen. Perkahwinan dewang byk dugaan bila Choon Hyang cuba menguji cinta Mong-Ryong dengan berkawan ngan Hak-Do. Walaupun Choon Hyang tau Mong-Ryong sayangkan dia tp xtahu tunjuk. Ada part menarik, sedih, kelakar..mmg best la...4 ½ bintang aku bagi..layannnnnn

Lakonan

Han Chae Young as Sung Chun-hyang
Jae Hee as Lee Mong-ryong
Uhm Tae Woong as Byun Hak-do
Park Shi Eun as Hong Chae-rin





•LOVERS IN PARIS

Rasanyer majoriti akan tertipu ngan cite ni. Mula2 mmg layan la tp bila tahu ending dia, geram pun ada. Drama romantik berlatarbelakangkan romantik city, paris. Aku suka tgk sbb byk tmpt2 tu aku dh pegi..hehehe kisah pasai Tae Young yg tinggal di paris dan berkerja sebagai org gaji di rumah Ki Joo dan berkawan ngan Soo Hyuk Soo Hyuk ialah anak sedara Ki Joo. Ki Joo mengupah Tae Young utk berlakon sebagai tunang dia untuk mendapatkan client di paris. Salah faham berlaku bila client tu hengatkan Ki Joo n Tae Young adalah suami isteri. Dewang mengambil keputusan utk putus bila Tae Young sedar dia dipergunakan sahaja. Dewang kembali ke korea dan sedar ada jodoh bila dewang bertemu kembali di korea. Paling dramatik bila Tae Young terpksa melansaikan utang2 ayah dia. Pada ms sama, Soo Hyuk juga jatuh cinta ngan Tae Young tp trpksa pendam sbb uncle dia. Byk la adegan2 yg dramatik..kalu nk tau lebih lanjut, jom la tengok...tp jgn mrh la yek kalu korang dh tau ending dia...huhuhu..bg 3 bintang sudey sbb jalan cite yg lembab n hero dia xensem sgt...

Lakonan

Kim Jung Eun as Kang Tae-young
Park Shin Yang as Han Ki-joo
Lee Dong Gun as Yoon Soo-hyuk





•SUMMER SCENT

Drama ni lakonan hero Autumn in My Heart sbb tu layannnn...Yoo Min-woo bercinta ngan Soh Eun-hye. Cinta kukuh dewang tiada sapa dpt menghalangnya sehingga Eun Hye terlibat dalam kemalangan dan mati. Yang tinggl hanya hati yang didermakan Shim Hye-won. Dengan hati tu, perlakuan dia serupa dengan Eun. Segala sikap dia serupa ngan Eun Hye membuatkan Min Woo merasakan Eun Hye hidup lg. Min woo xtahu Hye Won menerima hati dr Eun .Min-woo sambung belajar ke paris tetapi cinta dia pada Eun Hye tetap sama. Bila dia balik ke korea, jodoh menemukan dewang berdua, Min Woo dan Hye Won. Bila dewang bertemu, jantung Hye Won akan berdetak kencang. Dia xtahu dia menerima hati dr ex-awek Min Woo. Park Jung-jae ialah pakwe Hye-won. Park Jung-ah ialah adik Jung-jae dan berjumpa Min Woo di paris lalu jatuh cinta. Min-woo rs bersalah pada Eun Hye kerana timbul rasa cinta bila bersama Hye Won sbb perlakuan Hye Won sama ngan Eun Hye. Apa kesudahannya.. tgk la sendiri...huhuhu..mmg best kalu korunk tgk. Lagu sentimental dia pun best wpun agak geram bila pakwe Hye Won xdpt terima cinta dia ditolak oleh Hye Won disebabkan Min Woo. Dramatik sgt2 tau coz Hye Won cuba dirogol oleh Jung Jae dlm keadaan mabuk. Manakala kawan baik dia Jung-ah cuba tackle Min Woo wpun tahu Min Woo suka pada Hye Won. Geram gak ngan watak Hye Won. Bercinta ngan Jung Jae tp at the same time bg harapan kat Min Woo.. semua dia nak..hish2...layannnnnnnn

Lakonan

Song Seung Hun as Yoo Min-woo
Son Yeh Jin as Shim Hye-won
Ryu Jin as Park Jung-jae
Han Ji Hye as Park Jung-ah





•WINTER SONATA

Drama ni bermula bila Joon-sang berpindah ke sekolah baru untuk mencari ayah kandungnyer.Yu-jin dan Sang-hyuk plak kawan rapat sejak kanak2 lg. Walaupun Sang Hyuk inginkan lebih dr kawan tp Yu Jin hanya menganggap Sang Hyuk sebagai abang. Masa percutian bersama kawan2 sekolah yang lain Yu-jin diselamatkan oleh Joon Sang dalam satu kemalangan dan selepas itu dewang bertmbh rapat .Joon Sang menghilangkan diri selepas terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. 10 tahun pas tu, ms reunion Yu Jin n Sang Hyuk berkawen walaupun Yu Jin mempunyai perasaan pada Joon Sang. Pada ms yg sama Chelin’s kawan sekolahnyer dtg bersama pakwe baru dan muka sebijik ngan Joon Sang dan memakai nama Min Hyung.Yu Rin tahu itu Joon Sang tp kenapa Joon Sang xigt padanyer. Rupa2nye Joon Sang ilang ingatan. Mcm2 cara Yu Rin wat utk pulihkan ingatan Joon Sang tp ada je halangan dr Sang Hyuk n Chelin. Masing cuba merpertahankan cinta masing2. actually ms ditayangkan kat TV aku xlayan sbb kat hostel. Aku tgk through CD, member aku punyer. Dh la ader puluh2 cd, snggup tu satu malam abehkan 2cd. Semata nk tahu kesudahannya. Layannnn...bg 5 bintang!..

Lakonan

Bae Yong Jun as Kang Joon-sang/Lee Min-hyung
Choi Ji Woo as Jung Yu-jin
Park Yong Ha as Kim Sang-hyuk
Park Sol Mi as Oh Che-lin

No comments: