Followers

Sunday, April 13, 2008

My Cousin Wedding!!!! Mohd Zarul + NurHidayah...

::Pengantin ms malam berinai::

::Berarak Utk Bersanding::

::Sepupu2 Yang suka sgtttt menyelittttt bila nmpk kamera::

::My Happy Family with New Bride & Groom:(2 org adik aku xderk,sorg ngah buka khemah n sorg lg pegi camping)

Ahad lepas, cousin aku telah selamat berkahwin ngan gadis pilihannya. Cousin aku ni anak tunggal kakak ayah aku, mak ucu..(bongsu pempuan).Kali ini bertandang kat umah lelaki iaitu sebelah keluarga aku. So dgn kt len,cousin aku ni lelaki la n muda lg dr aku. Apa aku rs?hahaha xderk rasa apa2 except bila sedara2 jauh dtg mula tnya itu ini erkk..stress gils tp aku wat derk je sbb aku ckp masih belajar…hahaha so ader la reason. Stop bout me. oleh sebab wedding ni wat kat umah nenek merangkap umah pusaka so byk la kena wat. Ari sabtu we’ll semua dh berkampung kat sana. Mmg meriah gils laa..biasa la family aku kalu xmeriah bukan keluarga abu hanif and siti zabedah la tu. Macam2 ragam ajer..xmasuk ragam pengantin yg xmcm pengantin tu..huhuhu

Malam sabtu ada sessi marhaban n berinai kecik.. marhaban adalah dr jiran2 terdekat je..pastu ada berinai kecik..aku la frust xdpt tgk AF then kena lak basuh pinggan kat bawah..dpt tgk af ms akhir je..itu ms elimination..tp malam tu mmg we’ll xtido la sbb sibuk prepare bunga telur..rs2nyer aku tertido kul 4pagi..bangun lak kul 6.30pg..sakit kepala giler, pas solat tu,aku tgk xderk keje lg so apa lg aku pun landing la kat katil pengantin..aku dh rasmi dulu..kihkihkih

::Aku amik berkattt....wakakakkakak::

Start berkampung pas asar ari sabtu. sbb malam tu ada marhaban n berinai kecik..so umah pusaka tu agak meriah la ngan kaum kerabat....Khemah pun br pasang ari sabtu tu sbb laluan tu adalah laluan utama. Havoc gils la bila pasang khemah, susun meja, keluarkan pinggan mangkuk n basuh. Luckily coz family kitaorg ada expertise masing2 so xderk la nak g tempah kat orang. Jimat kos n merapatkan silatulrahim..huhuhu

::Sepupu2 ku + Anak Sedara::

Catering- my aunty;
pelamin- my cousin;
make-up-my sister in law;
khemah-my cousin;
pinggan mangkuk, periuk belanga- guna nenek punya;
penanggah of kos la cousin2 lELaki;
Basuh pinggan- bibik;
Pengapit- anak dara ramai, berebut2 lak tu;
flower girl- lg la ramai;
kek pengantin-my aunty;
lauk pengantin-my aunty;
bajet – pengantin;
silat- my cousin;
kompang – my brother & the geng
dj- my cousin + My brother

::Pasukan Kompang Yg diwakili adik aku(bj Pink)::

::Cousin Aku Ngan Lagak Silatnyer..tp gelak2 lakkk::

Untung kan bila adik-beradik ramai..adik-beradik ayah aku ada 10 org..sepupu lak ader lebih kurang 30 orang, masing2 ader kelebihan masing2, ada expertise masing2..so xyah ssh2 nk cr org luar utk wat semua keje...

Masing2 ada tugas masing2..xleh nak lari laa..aku mmg dh cop nak sambut tetamu belah pempuan.Tema wedding kali ini warna hijau pucuk pisang. Ms pagi2 tu masing2 segak la pakai hijau ngan bj melayu, baju kurung tp masuk tengahari, warna ijau ntah kemana. Ada pink, biru, cekelat..bertukar warna masing2...yalah, masing2 bermandikan peluh, panas terik gils..

Pengantin tiba around kul 2 ptg. Siap ada mercun lagi..aku yg dok pegang payung utk pengantin leh pekak telinga. Depan bunyi mercun,belakang lak bunyi kompang..mmg leh pecah la telinga..silat diwakili 2 org cousin aku, ayea n cherap..lepas makan beradap br la acara sanding n tepung tawar. Sorg2 nk amik berkat tp bukan aku la..huhuhu aku sibuk kat bawah..majlis abis dalam kul 5ptg..lepas tu aku hengat dh settle la semua skali pengantin larikk la g amik gambar..we’ll yg kena basuh periuk belanga..aku ngan baju kurung bersama akak n cousin aku mulakan xtvt bermain air...he he he abeh lencun la baju aku dok sental periuk belanga tu... syiok gak main air..wakakakakka

Lepas settle semua, br la nmpk batang idung pengantin..byk cekaadakk la korang yek..mcm tahu2 je dh abeh periuk belanga,br nak balik kan...time to potong kek, buka hadiah n kira duit cangkuk..huhuhu byk gak la hadiah yg dewang dapat. Kek pun sedap giler..huhuhu tp setingkat ajer laa..:)..pengiraan duit cangkuk diwakili oleh 3 org sahaja.. aku, kak un, and kak e..manakala juruaudit adalah aunty aku. Pas settle semua, sessi karaoke lak..masing2 cuba la tunjuk bakat terpendam tu..luckily tetiba hujan turun lebat giler..ha ha ha..sore masing2 mmg panggil hujan laa..kelakar la time tu smpai makcik2 pakcik pun join venture..itu la bestnyer dpt makcik pakcik yg sporting giler..layankan ajer laa...

Xbyk pic yg aku amik sbb kamera kat babah..ni je la gambar2 yg ada..aku ngah tggu gambar len kat kamera kak un..kamera dia maybe byk...sbb dia rajin amik gmbr..aku lak suka menyelit sbb tu xnk pegang kamera...huhuhu

No comments: