Followers

Friday, August 29, 2008

Ramadhan Al-Mubarak 1429



Salam Ramadhan AL-Mubarak kepada semua kaum muslimin muslimat di seluruh dunia...
selamat menyambut bulan ramadhan
semoga anda tabah dalam menempuh segala ujian

terasa cepat je masa berlalu..
last year,aku balik dr ireland,1 day before fasting
la ni dh puasa balik kann
rindunyer nak puasa kat Ireland
kumpul reramai student mesia kat masjid kan
makan nasi beriani berbuka,dalam dulang...reramai
meriah sangattt2....i really miss that moment....
tarawikh beramai2...wahh!!!

la ni dh kembali pada bulan ramadhan 1429..
semoga kita dapat mengambil segala berkat dibulan yang muliaa ini...
antara penerangan hadis2 Rasullullah mengenai bulan Ramadhan ini ialah:-
  • Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  • Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  • Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  • Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  • Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  • Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  • Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
ini juga peringatan untuk diriku...insyaallah!!!
renung2kan dan selamat beramal....:)
selamat berpuasa u'll
jgn lupa niat berpuasa....
bersahur dan bertarawikh
marilah kita reramai mengumpul pahala pd bulan yang mulia ni....
anggapla ini kali terakhir kita menyambut bulan puasa
mn la tahu jika kita xsempat utk menyambutnya tahun depan...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


"Sempena akan tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.




No comments: