Followers

Thursday, January 22, 2009

Apa Itu Cinta?


--------------

tanyalah siapa saja apa itu cinta... sure anda akan dapat
jawapan yang berbeza2 dari setiap orang... definisi cinta terlalu
luas.. tak kiralah cinta sesama keluarga, adik beradik, pasangan
kekasih... atau pada artis pujaan(??) hehehehe... .

Cinta adalah satu perasaan yang wujud terhadap seseorang yang
menarik minat kita untuk mendekatinya. cinta selalunya lahir
dari hati yang tulus dan ikhlas. kalau buleh, kita nak seisi
dunia tahu yang kita telah jatuh cinta... .


Ada Apa Dengan Cinta?
---------------------

hehehehe... . bukan citer indonesia tu lah... bukan jugak lagu
melly. ramai yang tidak menyedari apa gunanya cinta. cinta memainkan
peranan yang sungguh kuat dalam kehidupan kita. kadang2.. nak pi
keje pun malas, kan.. tetiba masuk sorang boss baru yang hensem dan
ala2 David Becham (ahaks!!) kat office kita... wow!!! hensemnya dia...
sure tetiap hari semangat nak ke
office tu berkobar2, kan! yalah... kalaulah dapat berselisih bahu
dengan dia dan terbau perfume Polo Sport yang dia pakai tu... alahaiii... .
tak tidur malam jadinya!!

tak kurang juga... kalau katakan, kita bergaduh dengan kekasih
kita.. ala... bukan hal besaq pun sebenaqnya... pasai dia terlupa
harijadi kita je... !! hambooii... merajuk.. tak hingat nyer panjang
muncung dia tu! kalau nak buat sangkut baju pun buleh! time tu..
rasanya kalaulah mamat tu duduk kat depan muka kita la... nak je
benamkan muka dia kat dalam kolah bilik mandi, kan! heheehe... lepas
tu... semua orang dalam rumah habis kena taufan kita! ada je yang tak
puas hati! ada je yang tak kena... kucing terlanggaq kita pun, habis
kena tendang!!

hah.. itulah penangan cinta... jangan ingat cinta tak bawak effect
apa2 pada si pencinta... . sekali kena penangan cinta.. harus gunung pun
buleh runtuh... .


Bagaimana Nak Tahu Kita Dah Jatuh Cinta?
----------------------------------------

"dari jauh dah nampak kelibat sorang mamat yang segak berbaju
Melayu teluk belanga. hati kita berdebar-debar... kita nampak pokok
yang besaq. nak nyorok kat sana ke? kang dia tak perasan lak! time tu,
kita punyelah sibuk belek sana belek sini... takut2 kain senget
sebelah ke... rambut kusut ke... eh! lipstik ada tak ni? kang nampak
pucat je... tak menawan pulak... nak senyum macam mana ek? nak tegur
ke tak ni? kang tegoq kang.. dia kata gatal pulak.. ish... tak tegoq
kang.. melepas pulak... .."

hehehehee... . peristiwa di atas pernah terjadi pada anda? apa yang
anda rasa bila orang yang anda minati berada di depan mata anda...
hai... kalaulah jantung tu buleh keluar, dah lama tercabut dari
tangkainya, kan! ahaks...

bila kita dah berdebar2 tu... bila kita asik nak tarik perhatian
orang tu je... tandanya kita dah crush kat dia. kalau buleh, nak dengar
suara dia selalu... nak tengok muka dia sepanjang masa... nak dia
beri perhatian pada kita sorang je.. terdengar dia sakit sikit, teruih
pi cari ubat untuk dia. padahal kita sindri sakit, tahan dok merengkok
je kat umah... .

time tu... mulalah ilham mai terkepuk2. sampai membuak2... kalau
beli buku tulis budak sekolah, harus penuh satu buku! heheeheh... itu
tandanya dah jatuh cintalah tu... .


Apa Nak Buat Kalau Jatuh Cinta?
-------------------------------

1/ pastikan yang anda benar2 jatuh cinta padanya atau hanya suka
saja2.

2/ check dulu... . dia dah berpunya atau belum... jangan main bantai
nak crush je kat dia... sekali... tengok2 anak dah ada 2 orang...
heheeh...

3/ jangan tunjukkan sangat perasaan anda. cuba dekati dia
perlahan2 dulu. jangan terus serang je sesiapa yang bersamanya.

4/ kalau betul2 dah sukakan dia, apa kata berterus terang. zaman
skang ni bukan zaman 60-an kan! lelaki dah buleh terima kalau perempuan
yang mulakan dulu!!

5/ just be ur self. elakkan mengubah identiti anda mengikut
seleranya. katakan, dia sukakan perempuan yang berpakaian seksi sedangkan
anda tidak. takkanlah nak tukar imej pulak, kan! silap2 haribulan, orang
ingat anda dah tak betul!!

6/ cuba tarik perhatiannya. kalau segala yang anda buat betul di
matanya... bolehlah terus pada step seterusnya!


Perbezaan Cinta, Sayang, Suka dan Minat
---------------------------------------

Oppsss... . jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan
minat... .

Cinta - kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa
yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak
nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang - kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk
berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan
seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka - kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila
bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi,
kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat - apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk
mendekatinya.

footnote: jangan anggap remeh perkataan I LOVE YOU...mungkin ia sekadar kata2 manis...

No comments: