Followers

Monday, August 24, 2009

Jodoh...Jodoh..Jodoh!


Artikel terbaik pernah saya jmpa dalam satu laman web...membacanya leh wat saya terpikir 2-3x...
mengapa didambakan jodoh sedangkan ia akan datang dengan sendirinya....
kita hanya perlu berusaha dan tawakal...Insyaallah.....

Mungkin anda pernah diajukan soalan , "kenapa masih belum berumahtangga lagi?" Jawapan yang lazim diberi adalah, "Tidak ada jodoh lagi.." Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..


Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, "Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, "Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya."

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan "sesuatu yang terbaik", kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan "sesuatu yang terbaik" kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, "kenapa masih belum berumahtangga lagi?", jawapan yang sesuai adalah, "semua ini adalah rahmat Allah."


JANGAN TERGESA-GESA MEMILIH JODOH

Saya ni betul hangat hati," kata beliau.

"Kenapa pulak?" Tanya saya.

"Yer laa, orang lain daripada tak kahwin, lepas tu kahwin. Lepas tu bercerai, lepas tu kahwin semula. Saya masih macam ni jugak." Keluh beliau dengan nada kesal.

"Boleh tak tolong carikan buat akak? Segera! Boleh tak?" Beliau meminta.

Jangan tergesa-gesa hendak berkahwin kak ooi!.

Alam perkahwinan sekiranya tidak dirancang dengan betul akan menimbulkan pelbagai bentuk kesukaran dan masalah. Jangan tergesa-gesa menerima atau memilih pasangan hidup semata-mata kerana tekanan daripada persekitaran. Berkahwin biar bersebab dan sebabnya sudah semestinya kerana agama.

Perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agama. Justeru, kita harus memilih individu yang betul untuk melengkapkan agama kita. Jika tergesa-gesa, mungkin tersalah pilih. Apabila tersalah pilih, bukan sahaja agama tidak dapat dilengkapi, malah mungkin menambah kesukaran di dalam beragama.

Sebelum berkahwin, kita mungkin mengidamkan seorang suami yang boleh mengimami solat berjemaah. Suami yang beragama, yang soleh, yang boleh membimbing. Oleh kerana tergesa-gesa berkahwin tanpa selidik, ditambah pula diri sendiri selama ini tidak mahu mendalami dan mengenali ilmu-ilmu agama ! akhirnya "terkahwin" dengan seorang pengikut "Ayah Pin"

ct:Akulahliza..(www.virtualfriends.net)


1 comment:

Anonymous said...

akak..saya cilok ye..sy put credit oso..thanx