KALU TIDAK BERMINAT,JANGAN MEMBACANYA..BAGI MEREKA YANG MERASAKAN IANYA SANGAT BORING ATAU BOSAN ATAU TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH,SILA KUAR DARI LINK INI...IANYA HANYALAH SEKADAR PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI JUGA PADA AGAMA ISLAM SENDIRI...
ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!
Apakah gunanya kita melaksanakan kempen boikot itu?" Untuk menjawab persoalan tersebut, kami ingin menarik perhatian saudara dan saudari terhadap situasi politik global yang sedang berlaku sekarang. Pihak kami yakin semua telah sedia maklum terhadap pembunuhan dan penindasan beramai-ramai umat Islam dewasa ini di kebanyakan negara Islam. Tidaklah perlu pihak kami mengulas lebih lanjut tentang perkara ini kerana saban hari kita boleh melihatnya di dada-dada akhbar ataupun melalui peti TV. Sebagai umat Islam, pihak kami tidak sanggup untuk melihat saudara seagama terus dibunuh dan dirampas hak mereka. Dan di dalam masa yang sama juga,kita tidak mempunyai kekuatan persenjataan langsung untuk menghadapi mereka. Satu-satunya sumber penentangan yang dimiliki oleh umat Islam ialah melalui suara dan ekonomi. Untuk mengangkat senjata, sudah tentu kita tidak mampu.
Oleh itu, kuasa yang ada pada kita hanyalah pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli. Pihak kami akui, pemboikotan barangan keluaran negara pengganas Amerika dan sekutunya merupakan satu cabaran yang amat sukar bagi kami. Kita semua sedia maklum bahawa sebahagian dari kita membesar dengan produk-produk keluaran negara tersebut dan amat sukar untuk kita mengikisnya dari hidup kita. Dari sudut perniagaan pula, amatlah sukar untuk kita bertindak memboikot barangan keluaran mereka sekali gus. Walaupun ianya sukar, bukan bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa langsung. Semua manusia mempunyai kemampuan yang terbatas
Sepanjang hampir 8 bulan aktiviti pemboikotan kami ke atas barangan negara pengganas terutamanya dari Amerika, pihak kami telah didatangi oleh wakil dari pengilang-pengilang yang terbabit (yang mana barangan mereka diboikot). Sudah tentu mereka agak terkejut dengan tindakan kami yang agak drastik. Pertanyaan yang pertama yang terpacul dari mulut mereka ialah ‘kenapa kami memboikot barangan mereka.’ Pihak kami mengambil peluang ini untuk menyatakan kepada mereka dan mengeluarkan bukti dari keratan akhbar dan maklumat dari Berita Dunia yang di siarkan di TV RTM. Sebagai contoh, mengikut lapuran Berita Harian, pada 17hb Julai 2002, pihak Israel telah menghalau dan merampas tanah orang Palestine di sebuah perkampungan bernama Kiryat Gat. Lalu tanah yang dirampas itu diberikan kepada syarikat minuman Coca-Cola untuk pembinaan kilang baru mereka. On top of that, kerajaan Israel telah menghulurkan pembiayaan wang sebanyak USD50 juta bagi membantu Coca Cola membina kilang tersebut. Manakala pengeluar barangan makanan Pringles pula iaitu Proctor & Gamble, diketahui mempunyai kontrak perniagaan bersama Pentagon. Syarikat ini juga menerima jumlah wang yang besar setiap tahun dari Pertubuhan Ohio-Israel, yang bertempat di Ohio Amerika.
Persoalan kedua daripada pengilang-pengilang terbabit, “sampai bilakah proses pemboikotan ini akan terus berjalan?” Dan jawapan dari kami adalah, “selagi pengganas Amerika dan sekutunya terus mengamalkan Polisi Luar Negara yang mereka gunakan sekarang iaitu menindas dan memerangi dan merompak khazanah negara-negara lemah dan negara-negara Islam khususnya, selagi itulah pihak kami akan terus memboikot barangan mereka. Selagi mereka terus membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa selagi itulah mereka dibenci.”
Walaupun suara Sabasun tidaklah sebesar mana, InsyaAllah apabila digabungkan dengan seluruh umat Islam yang prihatin dan negara-negara lain yang menentang dasar luar negara Amerika, InsyaAllah kita akan dapat melihat hasilnya nanti, iaitu dunia yang lebih aman dan makmur. Sama-sama kita doakannya.
Di tambah pula dengan deklarasi yang dikeluarkan oleh Rumah Putih di Washington DC pada 19 Julai 2003 bahawa tidak dapat dielakkan lagi oleh mereka, tahun 2004 merupakan tahun Inflasi Amerika; dan mereka menjangkakan masalah kewangan negara mereka akan terus berlanjutan sehingga ke tahun 2003. Maka, inilah peluang untuk kita sama-sama memberi tekanan ke atas ekonomi mereka yang semakin lemah dan krisis kewangan yang semakin memuncak. Sekurang-kurangnya, ini dapat memaksa mereka untuk mengkaji semula dasar luar mereka yang merugikan dan menakutkan seluruh dunia pada masa ini.
Oleh itu, pihak kami menyeru saudara dan saudari untuk sama-sama berjuang mengikut kadar kemampuan yang ditetapkan oleh Allah untuk kita. Perjuangan perlu bermula dengan diri sendiri. Ingat, sekiranya Amerika dan Israel boleh mencabul kedaulatan negara orang lain sesuka hati mereka tanpa pembelaan PBB dan negara lain, maka mereka juga boleh melakukan perbuatan yang sama ke atas negara kita. Oleh itu, bertindaklah sekarang dengan kadar kemampuan yang ada pada kita. Jangan sampai orang datang BOM rumah kita baru kita berkira-kira nak buat sesuatu? Terlambat!
Sesungguhnya, pihak kami sendiri tidak pernah menyangka akan mengalami cabaran global sehebat ini. Pada waktu kami mula-mula berniaga pada bulan April 1995, kami menyangka perniagaan itu hanyalah proses membeli barang, menjualnya, dan kira untung. Rupa-rupanya, di dalam dunia tanpa sempadan ini, kami terpaksa menempuh onak dan duri di dalam dunia perniagaan yang serba mencabar yang tidak pernah kami fikirkan sebelum ini. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita wajib menempuh apa saja ujian Allah yang mendatang. Semuga kita diberiNya petunjuk dan pertolongan di dalam menghadapinya.
Teringat peristiwa Nabi Allah Ibrahim dibakar oleh Namrud dengan api yang besar. Dengan izin Allah seekor katak datang membawa air di dalam mulutnya lalu menyembur ke arah api yang membakar Nabi Ibrahim. Berapa titik sangatlah air dalam mulut katak tersebut untuk memadam api besar yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim. Hakikatnya, katak tersebut tetap berusaha untuk menolong Nabi Allah dengan mengikut kadar kemampuan yang ditentukan Allah kepadanya. LANGKAH SUSULAN kami pula adalah mengharamkan kemasukan setiap barang buatan negara Amerika , Israel, England, Australia dan Sepanyol ke premis Sabasun berkuatkuasa dari 1hb Disember 2002 lagi. Barangan yang masih terdapat di dalam premis Sabasun akan dilupuskan secara berperingkat. Kebaikan sampingan yang diperolehi dari aktiviti pemboikotan ini ialah bertambahnya jualan barangan keluaran industri tempatan. Dengan membeli barangan tempatan untuk menggantikan barangan negara pengganas tersebut, kita dapat membantu mempertingkatkan ekonomi orang Malaysia sendiri.
DEMI ALLAH, tindakan yang kami ambil adalah berdasarkan atas kesedaran kami sebagai umat Islam yang ingin membantu saudara-saudara kami yang sedang ditindas, dibunuh, dan di rampas hak mereka sementara Maruah agama Islam pula diperkotak katikkan oleh mereka. Dan kami melakukan pemboikotan ini dengan penuh rasa tanggungjawab mengikut kadar kemampuan yang dikurniakan Allah kepada kami. Dengan kita berforum di dalam internet seperti ini pun sudah mendedahkan sikap dan pendirian Sabasun terhadap pengganas Amerika kerana website boleh di ekses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Apakah saudara saudari memikirkan pihak kami sengaja atau suka mendedahkan diri kepada bahaya?
Di sini jelas kami melakukannya KERANA ALLAH DAN UNTUK ALLAH berdasarkan kemampuan yang diberikannya.
5. Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. 6. Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. 7. Maka apabila engkau telah selesai, maka tegaklah. 8. Dan hanya kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap.
Ayuhlah kita sama-sama berjuang semampu yang ada untuk bersama membela maruah umat Islam yang saban hari semakin kurang pembelanya. Semuga Allah memberi petunjukNya. Maafkan pihak kami sekiranya ada terkasar bahasa di dalam penerangan ini. Kita mungkin hanya bertentangan pendapat, tetapi sebagai umat Islam, kita perlu terus bersatu utuh di dalam mengharungi cabaran global dewasa ini. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan pihak kami sendiri. MAAFKAN
sumber dari :-http://www.sabasun.com/boikot_israel.php
1 comment:
to-Jejaka Igauan
Cerita psl nset nokia kan? Ok. Bagi yg DAH LAMA BELI / TERBELI itu dbolehkan sbb mende tu diorang TK TAHU. Dan utk masa depan bila diaorg DAH TAHU yg itu product israel, takperlu beli dah.Cukup takat bila kita tktau tu. Same goes to air milo tu, lenkali dieorg dah tau dieorg cuba sedaya upaya tknak beli. Islam tu sendiri mudah. Bg yg TKTAU tu diringankan. Camtula kita amik kiasan tu. Jgn membazir bukan?
Kalau en JI tknak boikot, tkpelah.. tkpayahla boikot.. Tp jgnla nak mrh2 / perlekehkan org lain sbb dieorg boikot. At least diaorg ade kekuatan dalam diri nak boikot, bg peluang pada org lain utk mereka tunjukkan ksungguhan thdp Islam dgn cara mereka sendiri.
Mungkin cara en JI ialah dgn berdoa bsungguh2, sedekah utk palestine, etc. Tp bg diaorg yg nak boikot tu, tpulang pd mereka. Jgnla nak hentam mcm tu. Kesian la pada mereka yg sedang berusaha utk buat perubahan.
En JI lelaki. Gunakan kuasa akal tu utk ckp elok2. Msing2 ada pendapat masing2. Kita hormat pendirian n pendapat msing2.
En JI ckp jiran diaorg pn tk bersatu. Kita sendiri pn sama, kalau dlm bab boikot pn msing2 nk hentam org ni boikot, tk boikot ke ape, kita pn sama mcm diaorg. Cuba bayangkan kalau kita yg kene serang.
Minta maaf kalau tkasar. Dan sy sendiri sedaya upaya utk boikot. Bukan sebab negara Israel tu, tp kerana org2 Islam sbnrnye.
Mereka insyaAllah syahid di jalan Allahswt, dan saya masih mencari syahid yg tidak semudah kesyahidan mereka. Hrpnya dgn sedikit doa dan usaha boikot ni dihitung utk dtampung disana nnt.
Saya doakan yg tbaik utk kita umat Nabi saw. Sy hrp agr en JI dpt menerima pendapat org lain & andai kami slh tunjukkan kami dgn cara yg terbaik, bukan dgn cra yg agk kasar begini.
Btw, kaknadia tu mmg pakai sony ericsson pun. Die tk pakai nokia. tsilap dalam hal tu & dia mmg dah lama boikot2 ni en JI, bukan skrg je. Itu realiti.
Wallahualam.
Post a Comment