Followers

Monday, January 19, 2009

Perfume BARAT~..WAJIB baca!!!!



Setakat mana kebenarannya. .. wallahhualam. . Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat! maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya. Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya. ..


Ceritanya begini... Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga. Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembel! i' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya.
"Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran. Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya? " Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last." Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut.


Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sana banyak terdapat minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi. Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia . Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu. Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.Selama ni kita ingat pada minyak yang beralkohol saja yang haram...
jangan le kerana nak berbangga dengan jenama barat kita simpan kat rumah buat hiasan ..... sedangkan mengandungi benda2 haram .....macam simpan arak atau anjing dalam rumah le agaknya tanya ..le pada ustaz2.....apa hukumnya...
Wallahu'alam.

credit to:-AMY..thanks 4 the info..:)

No comments: