Followers

Thursday, April 2, 2009

Apa itu Cinta?


cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata,
tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan
kerana perasaan menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir...

*********************************

cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya.
kekasih terbaik adalah sahabat terhebat!!!

************************************
jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan
ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa sakit itu tercipta.
jangan terlalu mengikuti kata hati kerana akan membuat kamu semakin terluka
dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu!!!

************************************

saat mencintai seseorang,jangan pernah berharap sidia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya. kerana salah seorang diantara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang!!!!

************************************

ketika kamu mencintai seseorang, janganlah mengharapkan balasan,jika kamu memikirkan hal tersebut,kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharap sesuatu!!!!

************************************

cintailah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga,bunga akan mati saat musim berganti!!!

***********************************

saat mencintai seseorang,kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan. bukan cinta andai ianya hanya membahagiakan!!!

************************************
sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan. kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi lahir dari hati yang paling dalam!!!

***************************************

p/s:- Senyuman mampu memanjangkan umur dan menceriakan pasangan kamu. mana ada orang tidak suka jika pasangannya senyum dan mudah beramah mesra. jika kamu adalah seorang pasangan yang serius, cubalah untuk melakarkan senyuman terhadap pasangan kamu......SENYUM OK!!!!AWET MUDA la SKIT KAN....lalalalala

No comments: