Followers

Friday, December 7, 2007

Tulang Rusukku,Dimanakah dikau????


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai
di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu
menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah
melihat bahawa Adam kesepian. Saat
Adam sedang lena tidur, Allah
mengambil rusuk Adam dan menciptakan
Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya
yang hilang dan saat menemukan
wanita untuknya, tidak lagi merasakan
sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan
muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan. Kenyataan hidup
yang kejam membuat mereka mulai
menyisihkan impian dan cinta satu sama
lain. Mereka mulai bertengkar
dan
pertengkaran itu mulai menjadi semakin
panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar
rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia
berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan
WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan
ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri
kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia
lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk
diceduk kembali. Dengan berlinang
air mata, WANITA kembali ke rumah dan
mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah. "Kalau saya
bukan tulang rusukmu, biarkan saya
pergi. Biarkan kita berpisah dan
mencari pasangan sejati
masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum
lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah
berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila
mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya. Dan di tengah malam yang
sunyi, dia meminum kopinya dan
merasakan sakit di hatinya. Tetapi
LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa
dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu
kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan
perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui
tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York
dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi.
Telefon saya kalau kamu
berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon
saya kan? Tidak ada yang
berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di
hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima
khabar WANITA adalah salah
seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali
lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya
sendiri yang telah dengan
bodohnya
dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang di kemudiannya, akibatnya
setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat....Kerana itu,
jagalah dan sayangilah orang yang
dicintai dengan sepenuh hati...

Sebelum mengucapkan sesuatu
berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang
kamu ucapkan akan menyakiti orang yang
dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah
dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang
dicintai

No comments: